Categories

Archives


Synopsis Nur Kasih The Movie (2011)

Untuk plot cerita versi filem, ia dikembangkan selepas enam tahun berlalu yakni selepas drama berakhir. Adam, Nur Amina dan Aidil meneruskan kehidupan masing-masing dan tidak lepas diuji. Aidil bergelar duda selepas kematian isterinya, lakonan Ayu Raudhah dan dikurniakan dua cahaya mata.

Adam dan Nur Amina pula digambarkan sebagai pasangan suami isteri yang bahagia. Mereka menguruskan sebuah kelab remaja bermasalah. Kebahagiaan mereka dipanjangkan dengan berita mengenai Nur Amina hamil. Bagaimanapun ia tidak berpanjangan apabila Nur Amina keguguran.

Mengubat hati yang lara, pasangan yang dikatakan turut bercinta di luar filem ini menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Makkah dan bercuti di Jordan. Konflik berterusan apabila kereta api yang dinaiki mereka di Jordan berdepan kecelakaan. Namun, Adam dan Nur Amina masih dipanjangkan umur. Dipendekkan cerita, Adam masih mahu mencari kembali cincin milik Nur Amina yang tercicir di lokasi kejadian letupan kereta api itu. Lain pula jadinya apabila Adam tiba-tiba hilang dan gagal dikesan.

Usaha mengesan Adam giat dilakukan hingga memaksa Nur Amina menggunakan bantuan pihak keselamatan di Jordan. Dek buntu dengan masalah itu, Nur Amina juga terpaksa mengharapkan bantuan abang iparnya, Aidil untuk terbang ke Jordan bagi sama-sama mencari Adam.

Pada masa sama, Nur Amina juga disahkan kembali mengandung. Apakah Aidil dan Nur Amina akan berjaya menjejak kembali Adam? Atau, mungkin kehilangan Adam itu sebagai rahmat untuk menyatukan cinta silam Aidil dan Nur Amina?

Download Nur Kasih The Movie (2011) Mediafire

CLICK HERE TO GET MEDIAFIRE LINKS

Tags: Nur Kasih The Movie mediafire, Nur Kasih The Movie megaupload, Nur Kasih The Movie rapidshare, Nur Kasih The Movie hotfile, Nur Kasih The Movie single link, free download Nur Kasih The Movie, synopsis trailer Nur Kasih The Movie 2011, Nur Kasih The Movie 2011 dvdrip 700mb

0 comments

Post a Comment