Categories

Archives


Synopsis:
SELEPAS Buli, pelakon, pengacara dan penyanyi yang kini semakin serius
bekerja di belakang tabir sebagai pengarah filem, Afdlin Shauki tampil
dengan ole-ole baru yang lebih umph dan boombastik, Baik Punya Cilok.

Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd ini menarik ditonton, malah ia
menepati jangkaan; sarat dengan aksi komedi dan lari daripada kebiasaan
filem Melayu yang stereotype.

Saat menonton filem ini, tidak sedikitpun terasa bosan, apatah lagi
seisi panggung bergema dengan gelak tawa sepanjang tayangan. Afdlin boleh dikategorikan pengarah generasi baru yang tidak harus dipandang sepi kehadirannya. Ideanya cukup segar, malah Afdlin berani mengetengahkan eksperimen baru dalam pembikinan filem tempatan.

Melihat hasil kerjanya, nyata Afdlin cukup berhati-hati kali ini,
terutama bagi babak yang menggunakan bantuan teknologi imejan grafik
komputer (CGI). Sama seperti Buli, plot cerita Baik Punya Cilok 'simple', namun
dikembang dan digarap dengan menarik sehingga seronok ditonton. Jalan
cerita menjadi lebih menarik dengan kewujudan 'tukang cerita' yang
dihadirkan dalam bentuk yang sungguh unik.


Rapidshare:
Part1
Part2
Part3
Part4

**Find Subtitle Here**
subscene.com
subtitlesource.org

****************************************************************************************

**Please vote this movie and leave your comment**

NOTE: Show some appreciation by clicking all the ads(nuffnang @ google) in this blog. Its really help me to improve my blog. Thanx...(^_^)



Web Hosting

0 comments

Post a Comment